Friday, 13 October 2017

Eczema Survivor(still struggling)

 Haluuu. Ya Allah siapa yang comot ni? Ye kalian semua, kalau anda semua dh lama friend dgn aku di media sosial pasti kalian tahu pasal perkembangan anak bujang i ni. Mad developed eczema masa hari ke 40 pantang. Tak tahu la pasai apa punca sebenarnya. Tapi mengikut sumber doktor, sbb aku ada asma or resdung, anak2 ada kebarangkalian dapat eczema ni. Tanda tandanya start dgn daki atas kulit kepala. Pastu merebak ke tempat lain.

Bila start je kena, kami ke Klinik Kesihatan dulu. Doktor just bagi ubat sapu mcm Calamine Lotion. katanya ruam susu. kebetulan kami balik Terengganu lepas aku habis pantang masa umur mad dalam 2 bulan lebih. So kami jumpa Dr Muhammad Sulaiman dkt Bandar K.Terengganu. Beliau pun explain la pongpang. Dekat RM400 kami spent utk rawatan campur ubat ubatang(ganu alert) hehe. Dapat syampoo, sabun, ubat antibiotik. Memang berkesan, tp lepas dah balik KL balik, nak sambung rawatan mmg susah la. So terputus bekalan ubat. Lagi satu kos nya mahal. Yela akak baru nak hidup dek. Tapi bhenti la eczema nya kejap.

Eczema dia on off. Kalau panas memang meragam la. Lepas tu kami cuba perubatan Cina. g jumpa sensei di Melaka. Katanya darah panas. So mmg tak boleh makan ayam, telur, apatah lagi seafood. Betul bila termakan je... Habis...
Ok la berkesan tapi tak lama lepas tu jd balik.

Pengakhirannya, kami ke Hospital Putrajaya Pakar Dermatalogis(btol.ke eja)ni last la rawatan. Alhamdulillah sihat dah sampai skrg cuma kadang2 kalau panas, makan benda ada telur, naik la merah2 manja. Sebenarnya semua nya faktor masa je and tahap ketahanan badan dia. Bila umur dia setahun 5 bulan, dah ok tak selalu naik merah. So mak2 yg ada anak eczema chill sajoh.

Oh ya aku pun sampai skrg sapu multipurpose cream from Shaklee. Berkesan. Serasi la bila naik je ruam sapu. Alhamdulillah.

Sepanjang proses jaga Mad yang eczema ini yang aku dapat simpulkan :
1) rumah kena bersih. Habuk2 NO NO
2) ayam organik je blh makan (brand ladangku)
3) kena cuba jaya la makanan apa dia sensitif




Monday, 9 October 2017

Hospital Vacation 6/7-15/8/2017

Haluuuuuu.
Akak kembali uolsss! Hahahah. 
Jadi kita akn teruskan throwback pengalaman aku mereput sebulan lebih dkt hospital. 
Are you ready to start?!! Are you! Hehe

Ok kau nampak aku semangat tauu buat diari bagai utk mhilangkan bosan. Yela nak buat blog mmerlukan data dan supply power bank yg banyak. Maka kembali lah kita ke cara manual menulisssz gitewww. 

Korang baca la tulisan anak anak hingusan akak tu. 
Temanya memang itu jela rutin harian aku dalam wad. Bosan? Ada pilihan ke? Haha. Ada satu masa rasa jemmmm sgt dengan rutin yang sama, aku rasa nak terjun tingkap tepi katil aku tu, lari balik rumah ahahahah. 

Siapa tak jemmmm wei, aku tinggal anak kecik tk sampai umur dua tahun, selama ni aku dok berlemuihh urus Mad, stiap hari dia ada di sisi(gitew) aku, ni kena bpisah. Aku jumpa Mad sminggu skali je. Budak bawah 10 thn tak boleh masuk wad melawat, aku pulak tak leh berjalan ke lobi hospitL kena naik wheelchair(kesian wheel  chair bwk muatan berat).

Sesungguhnya pengalaman percutian di hospital ni beri kesan yg amat amat dalam dalam hidup aku. Aku terlepas satu fasa anak aku membesar selama sebulan. Aku tinggal Mad dlm keadaan dia bercakap pun tk jelas lg. Hari aku keluar hospital, dia dah boleh bercakap macam budak umur 4 tahun. Hahaah. 

Cerita pengalaman bersalin Maryam.

Jadi sehari sebelum operation semua dok pakat2 busy la nak cucuk branula, amik darah itu ini, aku pun dh cuak. Senyap ajo spanjang hari ahaha. To cut it short, everything went smoothly. Kalau nak detail lg jumpa la aku nnt cerita. 

Kali ni aku kena Bius penuh. Boleh pulak la masa dh dlm OT doc decide taknak buat Spinal (bius sparuh). Helok jugak they knew better. I'm glad everything is over. Aku bukan cuak apa, terlalu byk tgk drama melayu, kan bila bius penuh macam mati kejap, hahahaah so takut la terbawa ke alam lain ke kejap. Bangun2 sejuk tketar2. Benda pertama ckp ' doc.. Sy nk selimut'. Alhamdulillah semua dah selesai. 

Ok maaflah sendu sikit tkde mood nk bercerita kali ni sbb cik abg balik kampung, trasa macM sparuh diriku turut tiada. Ahahahahha gedik gila. 

Ok nnt I post lagi k. Bubai




Thursday, 5 October 2017

2nd pregnancy : Maryam 2017 ( Part 1)

Haluuuuu jadi nya pada 30/12/2016, aku dah cuak sebab period tak datang2.
Jadi buat pregnacy test, double line. uuuu cuakkk sebab kami mgunakan semua protection yg spatutnya. Haha. 


Berbalik pada sejarah DVT aku,aku satu time doc kena naikkan dos ubat aku masa aku makan warfarin sebab sebelum aku naik keje bulan Febuari lepas cuti bsalin, doc ada inject ubat prancang Depo . Apparently ubat tu tak serasi dgn aku dan memekatkan darah. Jadi aku kena stop. Aku amik first dose . Dia inject sekali kekal utk 3 bulan lamanya. Masa tu seksa wooo hormon tak stabil, berdarah kejap2 tp berpanjangan, rambut gugur. emosi tak stabil. Tu kesan ubat tu pada aku la. 


Then aku makan pil Noriday. Stiap hari aku muntah. Jadi feeling2 nak rancang sendiri. Ya kami merancang dgn semua alternatif yang ada.  Tapi masih mengandung. Siapa kau nak salahkan? Tak bsyukur kan aku kalau aku kata 2nd pregnancy ni tak diduga? Tak, aku terima dengan tangan terbuka sebab takde satu pun atas muka bumi ni yang ALLAH jadikan sia-sia. 

Bermula lah episod kehamilan kedua aku yang lebih mencabar. Aku terima. Bring it on! (walaupunnnnn ada masa menangis pondan itu biasa,hahaha)

" Puan takde masalah boleh try VBAC (vaginal birth after czer)" Semua nampak ok, rahim ok cun!" No problem. Normal kali ni. 

Bermula minggu ke 10 kehamilan, doc dah mula kan injection kat bawah ni sampai sehari sebelum bersalin dan sambung ke 6 minggu selepas bersalin. Ko bayang lah aku kena inject ubat ni SETIAP HARI sampai aku bsalin dan berpantang. Ubat ni dia single valve dah memang siap2 ada ko just inject je kat subcute tissue( part berlemak) tiap hari pada time yang sama. 

"eh kan kau dah bebas DVT kenapa kena inject ubat cair darah lagi?"

Ye walau aku dah bebas DVT tp sbb ada history, tak mustahil DVT akan datang balik. Jadi sebagai langkah pcegahan, aku kena inject ubat cair darah ni. Ubat ni di panggil Tinzaparin. Maka jenuhlah badan lebam2, peha lebam sbb takde tempat dh nak dicucuk. Ko bayang lah SETIAP HARI.

YE MMG GIGIH. 

Kalau dekat rumah, Eby (suami aku) akan cucuk, kalau kat MUAR, housemate a.k.a Vilo akan buat, kadang2 kalau aku berani aku buat sendiri. Every needle will bring u all the different emotion. Tak sakit tapi kekadanag kalau kau stress dia sakit hahahaah psiko sgt.


Placenta Previa Type 4.


Aku jalani kehamilan kedua ni dengan penuh cabaran. Mual, sakit kepala semua ada. Takpelah sbb dah set dalam minda, aku kena kuat. Mengajar lagi, urus Mad sorang2 kat Muar. Mmg pakej lengkap. Ada satu time aku masuk 4 bulan, tiap hari bleeding kena g emergency. Sbb aku on injection, kena alert takut darah cair sangat pun bahaya. Dah pulak pekat salah, cair salah ahahaha. dugaan namanya. Mad pulak kena admit wad sbb demam n ada infection. Kau tau tak gigih aku angkat Mad dari Klinik Kesihatan g Hospital Muar (sebelah je) dgn aku mual muntah? Siap cakap kat nurse ' jaga anak sy kejap boleh?Sy nak muntah" Hahahah

Ok nangis sekarang bila ingat. Kemudian masa minggu ke 28, doc scan cakap uri aku cam bawah sikit. Low lying. Dia kata if minggu ke 32 tak naik gak, kena admit. Awak nak admit kat Muar ke Putrajaya? Dahhhhh pulakk. Dugaan lagi. Sebab kalau uri bawah, bahaya takut bleeding. Uri sepatutnya dok atas baby, sbb bila kau bsalin normal, kan doc keluarkan baby kemudian uri keluar kemudian kan? sbb tu bahaya. Uri tu salurkan semua nutrien pada baby. Nak detail google k gurls. aku rushing sbb adik tgh tdo ni, jap g mcari susu la tu hahahaha.

BILA PLACENTA BAWAH, MEMANG KAU AKAN KENA CZER.TAKDE HARAPAN BERSALIN NORMAL. (MENANGIS)

Ringkasnya, pada minggu ke 32, aku g hospital Putrajaya utk checkup lepas aku dah dapat mc drp Hospital Muar utk balik Putrajaya utk selesaikan urusan aku ni. Kes complicated. Doc kat Muar sgt memahami dan kesian kan aku yang tak tahu nak settle down checkup satu tempat je. Alhamdulillah ALLAH mudahkan. dapat MC seminggu, aku settlekan semua. Alih-alih pegi checkup dengan lenggang kangkung, kena ADMIT sbb uri dah tutup habis! Bahaya! Type 4 dah.



Tada! rumah kedua selama sebulan lebih! Bermula 6/7/2017- 15/8/2017!
Ok nanti aku sambung apa aktiviti aku buat mereput dekat hospital dan kelahiran Maryam.Apa jadi dalam Operation Theatre dan lain2. Nak g makan pulak si Mad ni. Kacau lahh Hahahaha
(dah kenapa nampak sama besar ni?hahaha)
I don't care if I have to endure all the pain and suffering, because I know Allah loves me and you two are the best gifts in my life. 
>_<

I'm a DVT survivor.

Haluu. Ni menaip blog sambil nyusu Maryam ahhaaahaha. Hebak kan multitasking! Sebab tak sabar nak share pgalaman ni dgn akak2 semua. Hasil bacaan aku, pyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ni tak ramai yang tahu dan ini salah satu asbab aku kembali buat blog. Aku nak semua org aware tentang penyakit ni. So marilah kita teruskan ke topik utama.

Macam yg korg dh baca dkt previous post, aku develop DVT lepas aku kena wound breakdown(jahitan terbukak). Aku hny baring je selama seminggu sebab bayangkan lah roti pita or tortilla kedai arab tu? Mcm tu la rupa jahitan czer lapisan luar aku tbukak. Mad mmg aku letak kt umah. Masa tu nak bangun pun tk boleh apa tah lagi nk jaga anak. Specialist doktor semua desak aku bwk anak utk direct feeding. Sorry bkn tknak tp I wasnt capable to tkcare of myself plus the baby. Call me loser for not bf my baby at that particular moment, i don care.

Ok lps tu masa dlm hospital dh rasa lain macam. Macam cramp dkt tapak kaki. Sakit sgt. Mula2 dia on off kejap sakit kejap tak. Aku pegi dressing 3 hari skali dkt hosp kajang masa tu. Aku tny doc situ, ada doc tu kata maybe sbb aku tk pantang bjalan byk tu sakit kaki. Aku pun mula2 ok la sbb maybe btol apa doc tu ckp. 3 hari sterusnya...

Aku dh tk leh jalan. Kena pakai tongkat. Nasib aku baik masa tu doktor yang jaga aku spanjang kes ulang alik check in berganti ganti di hospital : Dr Kiran on call. Dia terus check simptoms yg aku ada :

1. Betis merah dan bengkak
2. Betis panas dan tegang
3. Kadang2 sesak nafas

 kemudian admit aku ke wad, ptg nya terus buat scan, darah beku dah naik sampai ke pangkal peha kanan. Allah . ... Kalau lewat datang hospital, mungkin darah beku tu akan naik ke jantung, dan....igt tk kisah cikgu sekolah meninggal dunia sbb Pulmonary Embolism(PE)? Ala yg cikgu dlm pantang bsalin czer bila suami dia blk keje, dia meninggal dah sedang anak dia menyusu lagi dkt dia? Igt? PE ni rentetan daripad DVT la if tk Cegah awal.

Start ptg tu, selama seminggu I was on 3x heparin injection daily. Girlssss, cucuk sekali pun dh sakit bila mresap dlm kulit, apa lg 3x.huuuuu
Aku tk reti nk explain. Term scientific susah. Aku cikgu bi. Aku ajar budak poems. Haha so basically, bila darah beku, oksigen tk dpt dibekalkan. Jadi, engkorg paham tk apa jd bila oksigen takde? Hahahaah dah google jela sakit aku tu.

Bagi org yg bsalin czer, akan kena tandatangan surat kan bila nk masuk ot? Kan ada list komplikasi yg bakal blaku? DVT one of them.

Punca?
Ikut bacaan dia internet, antaranya
1. Faktor genetik if kau ada history family darah cpt beku.
2. Tak aktif bed rest je. (ni maybe punca aku punya kes)
3. Org yg lps operatiob.
4. Hormon.

Dvt ni byk beri kesan pd hidup aku lepas tu. Lps habis pantang n stat keje balik 3 bulan kmudian kena sambung check follow up dkt Muar.stiap bulan kena ke hospital amik darah utk check INR(bacaan darah). Kena capai target tertentu.  Aku on warfarin for 6 months. Ada satu masa doc tpaksa tambah dosage ubat aku, masa tu aku perlu stop bf muhammad. Sbb doc takut ada bg kesan pd dia. Mmg aku dh stat campur susu tapi, Mad still df dgn aku bila malam n bila aku blk sekolah. Sedih wei bila anak ko mcari2 bila ko dukung dia (masih mnangis bila igt).

Lepas 6 bulan, dlm bulan 5/2016, doc buat scan lagi dan bila darah aku dh capai target dlm range selamat, doc tgk dah takde darah beku. Allah.. Gembira sangat. Ubat dh bhenti amik, dah boleh bf anak, tp anak dh sodap susu formula. Hmmmmm.

Allah atur semua cantik. Lepas je aku sihat dan bebas DVT, rehat 6 bulan, aku mengandung kali kedua. (sebelum ko kecam aku 'eh dah la branak czer asal gedik btol mgandung anak kedua cpt btol' nanti dh baca post seterusnya baru decide aci tk nak kecam.hahaahahah)
Ni buat post lain la pulak. Sabarrrrr.
Walaupun aku dh bebas DVT masa ni tapi rentetan aku pernah ada penyakit ni, kesan nya tpalit utk kandungan kedua.

Kesimpulannya:

1. Adik2, kakak2, kenali badan anda. Kalau ada yg tak kena, terus tny pada yg pakar. Jangan tanya group tah pape dalam tenet plk hahahaah. Biarlah kita nampak cm tanya soalan bodoh, asalkan selamat.

2. Selalu buat kajian pasal penyakit kau supaya alert sbarang tanda. Lepas kena DVT terus aku minat medik ahahahahah

3. Pesakit DVT byk pantang larang nya antaranya :

- kena kurangkan makanan yg memekatkn darah,
- mmg tk blh makan jamu2 makanan tambahan tanpa rujuk doc

Ok la nak tdo dah, anak2 dan bapak nya dh tdo nmpk cm best je. Byee



Pengalaman Bersalin 2015: Muhammad Ibnu Sirin Ep1

Haluuuuu. Dah masuk anak kedua baru ada masa nak berkongsi pengalaman mengandung dan bersalin anak sulung. Maaflah better late than never bak kata orang putih.

Seperti yang sedia maklum, masa aku pregnant Mad 7 bulan aku dapat posting ke Muar. Makanya 17/8/2015 aku pun mbawa perut ke Muar berbekalkan air mata sebaldi. Hihi. Hidup mengandung tanpa suami mmg mcabar. Bkn apa,we just need that moral support utk sama2 hadapi saat getir. Gitew. Mak bmula lah saat g checkup sorg, adegan air mata jeles tgk org lain dtg checkup dgn suami masing2 dan lain2.

Paling syahdu bila ms 34 weeks tu aku demam panas. Mc dan mlm nya pkl 1 pg housemates hantar ke PAC bersalin spital Muar. Sampai je situ nurse tny ' mana suami?'. Hihi maka mgalirlah air mata. Call Eby tk angkt yela mmasing dah tidur. Esk nya bdesup beliau dtg drp Putrajaya.

Bila dah masuk 37 minggu,aku dh rasa tk sedap hati mcm rs akan bsalin awal. Try mintk sminggu awal cuti 2 minggu bersalin tu,sekolah tk lepas pulekk. Maka berhuhu la kt sekolah lg. Amik ko pd satu mlm tu,g toilet ada nmpk seutas darah keluar. Inform housemates ' korg,ada darah'. Si gadis2 cantik pun cuakk pakat2 bsedia incase dh sampai masa bsalin. Eby blk ganuu pulak. Takpelahh blomm masa kot.

Esoknya hari graduasi sekolah. Aku kejung je jln kepit(hahah) sebab cuak takut tberanak tp msih gigih ke sekolah. Sampai akak2 kt sklh halau suruh g spital. Pastu g la spital dgn Ainur, bermula la episod seluk mseluk. Tgk2 dh bukak 1cm. Gigih la abg Ngah dan mak aku dtg Muar amik mak buyung bwk blik Putrajaya sbb Eby tkde tiket blk time tu.

Lama jgk 1 cm, dlm 2 hari. Hari ketiga duduk rumah, lps Isyak pkl 9.30 rasa air mgalir deras kencing yg tk leh kawal. Mmmm ni air ketuban ni.

Dalam pada mgepit bjalan dgn 3 kain batik lencun tu semua spital ramai org. G putrajaya ad 16 akak2 hamil tgg turn nk kena seluk hahaha. Wah musim branak kan bulan 10. G serdang tgh renovate, tk cukup alat (gas tahan sakit), g An Nur Kpj reject sbb tkde history dgn depa tkpelah mmg btol la dorg tknk amik risiko. Lps tu akhirnya Kajang terima la akak. Hihi.

Dok waad antenatal sbb tk bwk GL. Dok part yg pack tu takpelah layan je. Doc seluk ckp 2cm je baru. Esk kena induce. Sbnrnya aku dh sakit tp blur ayam sbb anak pertama kn. Esok nya tak sempat induce sbb aku dh sakit. Fastforward masuk labor rooom masa dh 4 to 5cm, ank dah hampir lemas. Jam 4 pagi 28/10/2015 lahirlah Muhammad Ibnu Sirin binti Ahmad As Shalabi.

Hari ketiga baru aku jumpa Muhammad sbb dia dkt SCN. Disebabkan aku mak muda dan blur serta manja tk tahan sakit, lemah tk g tgk dia kt SCN. Grr. Hari ketiga aku dh discharged wad tp checkin room in dgn Mad dkt SCN. Hari ke 5 balik!!

TAPI!

Hari ke 7, sedang aku bf mad, ada bau busuk dan nanah keluar drp luka operation!! Berdesup ke Spital! Doc tetas jahitan luar tu hidup2 dek nonnnn. Masya Allah!! Sakit yg amat! Check in apital sminggu utk dressing hari2. Luka sbesar roti tortilla tu mmg sakit. Hari ke 15 balik umah dah.

TAPI!

Hari ke 20 pantang check in spital balik sbb kaki sakit. Scan2 ada DVT kaki kanan. nasib detect awal. Kalau idok.... (hmmmmm pergi tk kembali). Nnt buat special post psl dvt, jgn risau 2nd pregnancy pun ada sambungan kisah ni. Nanti iolz cite lanjut.
Duduk seminggu lg, hari ke 27 blk umah dan trauma kalau sakit hidung pun akan tpikir 'eh aku ni kena admit lg ke?' hahahaba

So inilah serba ringkas pgalaman aku masa anak pertama. Secara jujur my 1st experience wasnt a good exprience but it helped me to develop who I am today. To summarize, pgalaman bsalin pertama kali amat mmenatkan, stress, sangat stress dgn masyarakat keliling, dgn diri sendiri. Tp lek je ini semua pgalaman.


  • Belum lg pasal sembelit, isu tk tahu mana boleh makan tk leh makan, org banding kn pandang org bsalin czer macam lekeh, dan lain2.


Harap post ni dpt jwb persoalan kawan2 :

'kenapa czer?'
'dvt dpt bila?'
'share la kisah pgalaman anak ptama'

Nanti aku sambung psl DVT dan kisah anak kedua pulak. Hehe