Haluuuuu jadi nya pada 30/12/2016, aku dah cuak sebab period tak datang2.
Jadi buat pregnacy test, double line. uuuu cuakkk sebab kami mgunakan semua protection yg spatutnya. Haha.
Berbalik pada sejarah DVT aku,aku satu time doc kena naikkan dos ubat aku masa aku makan warfarin sebab sebelum aku naik keje bulan Febuari lepas cuti bsalin, doc ada inject ubat prancang Depo . Apparently ubat tu tak serasi dgn aku dan memekatkan darah. Jadi aku kena stop. Aku amik first dose . Dia inject sekali kekal utk 3 bulan lamanya. Masa tu seksa wooo hormon tak stabil, berdarah kejap2 tp berpanjangan, rambut gugur. emosi tak stabil. Tu kesan ubat tu pada aku la.
Then aku makan pil Noriday. Stiap hari aku muntah. Jadi feeling2 nak rancang sendiri. Ya kami merancang dgn semua alternatif yang ada. Tapi masih mengandung. Siapa kau nak salahkan? Tak bsyukur kan aku kalau aku kata 2nd pregnancy ni tak diduga? Tak, aku terima dengan tangan terbuka sebab takde satu pun atas muka bumi ni yang ALLAH jadikan sia-sia.
Bermula lah episod kehamilan kedua aku yang lebih mencabar. Aku terima. Bring it on! (walaupunnnnn ada masa menangis pondan itu biasa,hahaha)
" Puan takde masalah boleh try VBAC (vaginal birth after czer)" Semua nampak ok, rahim ok cun!" No problem. Normal kali ni.
Bermula minggu ke 10 kehamilan, doc dah mula kan injection kat bawah ni sampai sehari sebelum bersalin dan sambung ke 6 minggu selepas bersalin. Ko bayang lah aku kena inject ubat ni SETIAP HARI sampai aku bsalin dan berpantang. Ubat ni dia single valve dah memang siap2 ada ko just inject je kat subcute tissue( part berlemak) tiap hari pada time yang sama.
"eh kan kau dah bebas DVT kenapa kena inject ubat cair darah lagi?"
Ye walau aku dah bebas DVT tp sbb ada history, tak mustahil DVT akan datang balik. Jadi sebagai langkah pcegahan, aku kena inject ubat cair darah ni. Ubat ni di panggil Tinzaparin. Maka jenuhlah badan lebam2, peha lebam sbb takde tempat dh nak dicucuk. Ko bayang lah SETIAP HARI.
YE MMG GIGIH.
Kalau dekat rumah, Eby (suami aku) akan cucuk, kalau kat MUAR, housemate a.k.a Vilo akan buat, kadang2 kalau aku berani aku buat sendiri. Every needle will bring u all the different emotion. Tak sakit tapi kekadanag kalau kau stress dia sakit hahahaah psiko sgt.

Placenta Previa Type 4.
Aku jalani kehamilan kedua ni dengan penuh cabaran. Mual, sakit kepala semua ada. Takpelah sbb dah set dalam minda, aku kena kuat. Mengajar lagi, urus Mad sorang2 kat Muar. Mmg pakej lengkap. Ada satu time aku masuk 4 bulan, tiap hari bleeding kena g emergency. Sbb aku on injection, kena alert takut darah cair sangat pun bahaya. Dah pulak pekat salah, cair salah ahahaha. dugaan namanya. Mad pulak kena admit wad sbb demam n ada infection. Kau tau tak gigih aku angkat Mad dari Klinik Kesihatan g Hospital Muar (sebelah je) dgn aku mual muntah? Siap cakap kat nurse ' jaga anak sy kejap boleh?Sy nak muntah" Hahahah
Ok nangis sekarang bila ingat. Kemudian masa minggu ke 28, doc scan cakap uri aku cam bawah sikit. Low lying. Dia kata if minggu ke 32 tak naik gak, kena admit. Awak nak admit kat Muar ke Putrajaya? Dahhhhh pulakk. Dugaan lagi. Sebab kalau uri bawah, bahaya takut bleeding. Uri sepatutnya dok atas baby, sbb bila kau bsalin normal, kan doc keluarkan baby kemudian uri keluar kemudian kan? sbb tu bahaya. Uri tu salurkan semua nutrien pada baby. Nak detail google k gurls. aku rushing sbb adik tgh tdo ni, jap g mcari susu la tu hahahaha.
BILA PLACENTA BAWAH, MEMANG KAU AKAN KENA CZER.TAKDE HARAPAN BERSALIN NORMAL. (MENANGIS)
Ringkasnya, pada minggu ke 32, aku g hospital Putrajaya utk checkup lepas aku dah dapat mc drp Hospital Muar utk balik Putrajaya utk selesaikan urusan aku ni. Kes complicated. Doc kat Muar sgt memahami dan kesian kan aku yang tak tahu nak settle down checkup satu tempat je. Alhamdulillah ALLAH mudahkan. dapat MC seminggu, aku settlekan semua. Alih-alih pegi checkup dengan lenggang kangkung, kena ADMIT sbb uri dah tutup habis! Bahaya! Type 4 dah.
Tada! rumah kedua selama sebulan lebih! Bermula 6/7/2017- 15/8/2017!
Ok nanti aku sambung apa aktiviti aku buat mereput dekat hospital dan kelahiran Maryam.Apa jadi dalam Operation Theatre dan lain2. Nak g makan pulak si Mad ni. Kacau lahh Hahahaha
(dah kenapa nampak sama besar ni?hahaha)
I don't care if I have to endure all the pain and suffering, because I know Allah loves me and you two are the best gifts in my life.
>_<